F

F

Monday, 16 September 2013

KHAS UNTUK AWAK
YANG SAYA SAYANG

Kadangkala kita perlukan seseorang itu sebab dia sebahagian daripada kita. 
Tapi kita selalu terlupa adakah disebabkan kita sayang dia,
 maka dia perlukan kita, ataupun kita sayangkan dia disebabkan kita perlukan dia?
 Itu membawa kepada 2 pengertian berbeza yang pastinya.

Orang yang kurang matang akan menyatakan 
SAYA CINTAKAN AWAK
KERANA SAYA PERLUKAN AWAK
tetapi orang yang matang akan menyatakan
SAYA PERLUKAN AWAK 
KERANA SAYA CINTAKAN AWAK

Jadi mana satu antara kita ??

Kelemahan manusia adalah terlalu tergantung kepada manusia lain
sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan
dalam usaha memperbaiki sesuatu hubungan
Anehnya 
kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui
kepayahan begitu

Kadangkala ada orang yang singgah di hati kita
dan meninggalkan jejak yang tetap
malangnya mereka hanya tinggalkan kesan
tapak kaki yang tidak dapat ditanggalkan apabila
mereka berlalu pergi

BUAT AWAK
Tiap hari aku teringatkan ko
Setiap hari aku fikirkan ko
Ko sentiasa berada dalam doa aku
tapi kadang-kadang aku terfikir
ko masih fikirkan bekas awek ko ke ?
mungkin aku bukan pilihan ko 
mungkin aku bukan seperti yang ko mahu
mungkin jugak aku tak secantik dan selembut dia
tapi aku punya hati dan perasaan

aku mengaku mungkin aku terlalu mengejar ko sehingga
ko rasa rimas dan tak selesa
mungkin hanya aku yang terlalu sayangkan ko
aku bukan perempuan yang kuat
tapi dengan adanya ko disisi aku sebagai teman
sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri aku
setiap mesej yang ko beri pada aku
adalah semangat bagi aku

aku hanya perlukan sedikit perhatian  daripada ko
dengan apa yang aku lalui disini
ditambah lagi dengan ketiadaan ko bersama aku
sedikit sebanyak telah buat semangat aku luntur
aku tidak tahu harus bercerita pada siapa
mungkin bagi kau aku terlalu manja atau terlalu mengada-ngada
tapi inilah diri aku

sekasar manapun aku, aku tetap seorang perempuan
seteguh manapun semangat aku,
aku tetap perlukan kau disisi aku

aku sangat perlukan kau untuk jadi teman berbicara.
aku sangat perlukan kau ketika aku sedih dan gembira.
aku sangat perlukan kau ketika aku sulit mahupun senang
aku sangat perlukan kau ketika aku kesunyian.

mungkin kau tidak nampak kasih sayang aku terhadap kau ketika ini. 
kerana mungkin kau masih sayang dan masih mengenangkan bekas kekasih kau. 
adakah bila aku dah tiada lagi di sini. tiada lagi nukilan di blog ini untuk kau,
adakah waktu itu kau mencari aku. adakah kau akan mula terasa kehilanganku.
dan mungkin waktu itu aku telah pergi jauh.
aku mohon maaf seandainya diri ini pernah berkasar.
diri ini tidaklah seperti yang kau harapkan.
tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik selagi boleh

... AKU SAYANGKAN KAU DIL ..

No comments:

Post a Comment